May 18, 2005

Ada satu citer..

Bismillah

Seminggu dua ni, rasa macam ada yang kurang. Hemm..hamba pasiran, kelana sorang-sorang. Kawan mmg ramai tapi KAWANku yg aula tu..ahh! Aku yang menjauh sebenarnya. Hmm..dengan izinNya, aku pohon kembalikan kasih sayang ini. Kadang terlupa bahawa ada sentiasa Dia menemani pada tiap kali kaki melangkah..manusia+lupa

Dalam duduk diam-diam dengar lecture kat kelas, aku gores pena perlahan. Sebenar aku sedang berfikir ttg tinta yang tak keluar dari badan pena. Hmm..pen masih baru, tapi dakwat tak keluar..huhu. Aku takde dah nak pandang kiri kanan. Aku terus bayangkan keadaan sendiri. Bagaimana??

Ya, aku macam pen tu. Ada yang hilang, ada yang kurang. Apa guna pen tanpa dakwat, kan?? So, kaitannya dengan aku?? Ya, aku pun macam dah rosak..sebijik je ceritanya dengan pen tadi.

Bila fikir barang-barang aku yang rosak dalam waktu yg sama (pen, komputer, henpon..) Aku terfikir ttg diri sendiri. Pernah tak dengar sesuatu barang tu ikut tuan dia..Nah! Segalanya dilihatkan pada aku. Aku pun sedang ada masalah. Masalah yg aku patut tahu dan amik tahu. Masalah yang mungkin org lain tak nampak. Masalah dalaman, ttg diri dan jiwa

Aku koreksi semula. Syukur bila aku nampak. Malang jika aku buta. Buta hati..takut sampai mati. Takut tak cukup, dan bertindak adalah wahid. Dan aku jua yg sengaja melambat-lambatkan. Nak tunggu Tsunami agaknya

Hmm..tutup kisah.

2 minggu ini aku akan sangat sibuk. Next week midterm. 2 paper sehari. Sibuk sangat ke aku ni?? Ermm..aku akan bermula dgn Program akademi ke SAMSED dan dgn tangkasnya aku kena kejar jadual Motivational Camp. Aku dgn tugas sbg modulator, dan ia bukanlah keja mudah. Tambah gering bila program tu di bawah pantauan biro aku.

Probs maa...program dah nak hampir, approval letter tak dapek lagi!!

Director program yg juga headcomm aku tak amik short sem, dan aku sbg pembantu kanan biro kena lah menarik diri ke atas walau aku dah pilih utk menyorok dalam bahagian kecil program cuma. Bantu mana yang perlu, sebab working paper punya cerita ada dalam tangan aku. Opps..Kids of The World..astaghfirullah!!

Sabar, sabar. Tenang diri, damai hati. Bina optimistik yang qanaah dlm diri kerdil. Biar segalanya dipam besar liridhallah. Buat daulah juang yang hakiki, kerna itu aku di sini.

Kisah ini ttg diri. Diri sendiri. Dan aku pilih begini. Begini yang berkisah teladan juga pengalaman. Kongsikan apa yang aku lihat dan tafsir. Buat meneman kehidupan..bersama kalian:)

p/s: Al Fatihah buat Allahyarham Tok Ani, bapa saudara mak yg telah menemui pencipta lewat semalam. Moga arwah ditempatkan bersama golongan beriman..ameen!!

5 comments:

Anonymous said...

assalmualaikum...kite x bape paham le maksud penulis nih..mungkin sbb x ikut dr awal kot..:)

Mentor_ulung said...

wassalam..cik anni :)heheh..tak paham tang mane?? kalo tak faham cerita, mungkin sbb kita baru nak kenal, tapi kalo tak paham ayat2 tu..hehe, mungkin along terlalu xtreme dgn penggunaan bahse..nway..nice meeting u here :)

mira said...

salam.

along, berikan saya sebahagian hidupmu untuk kita kongsikan bersama... :)

dueng said...

assalamualaikum along....
too little time, too many things. that's the best to describe your situation.

apapun, kalau rasa tak berdaya, apa kata kita kongsi bersama beban yang dipikul tu. mungkin apa yang terkongsi itu bisa meredakan tsunami dihati. hehehe.

apapun, busy pun busy jgk tp igtlah utk sentiasa berfikir bahwa kita sentiasa ada cukup masa utk sesuatu yang kita rancang kerana allah tidak memberi sesuatu yang tidak tertanggung oleh hambanya. jgn pernah putus asa dan jadi fed up ye. keep on going, and keep your head up. believe in yourself and always pray to Allah if you're feeling weak and unbareable. ok along...enjoy whatever you do. have a pleasent day.

salam...

Anonymous said...

"Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan
mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia
belaka."